salam.
urgh.. ni minggu sate kajang yang paling sibuk. dengan homework yang menimbun (baru aje hantar 3 reports), minggu ni aje dah ada 3 reports yang perlu banyak masa untuk habiskan. ditambah pula dengan 3 exams, 2 lagi bakal menjelang next week, dan yang paling seksa sekali bila time2 macam ni la nak datang selsema ngan batuk.
itu lah, banyak sangat berjalan malam (sekarang ni angin tengah kuat + hujan). aish...
pagi ni je sate kajang bangun kol 12 tengah hari, tu pun sebab azan zuhur. hah, memang cukup 12 jam tido.
seksa betul.
tapi, setiap kali datang ujian2 macam ni, sate kajang selalu ingat pesan abah,
"anggap lah semua kesusahan tu sebagai jihad ke arah kebaikan"
Allah beri semua ujian tu sebab Dia masih ingatkan kita, maksudnya Allah masih sayangkan kita berbanding orang yang hidupnya sentiasa senang, takut2 Allah dah lupakannya. bila sate kajang fikir macam tu, baru lah ada semangat sikit nak berusaha. *peace*. jadi, pengajarannya, jangan putus asa terhadap rahmat Allah bila diuji hanya dengan ujian2 kecil macam ni. (alah, setakat selsema sikit2, homework, exams, tak de hal lah. haha)
okay, sekian, sate kajang nak kemas rumah sebelum buat homework.
berkhidmat untuk Haji Samuri,
sate kajang