Sunday, March 22, 2009

mereka dah selamat

salam.

hari ni
seniors sate kajang dah selamat graduate. pagi tadi kami semua beramai-ramai pergi convocation mereka walau pun hujan sikit-sikit. hujan rahmat kot. HAHA.

sebenarnya aktiviti berpoya-poya minggu ni dah lama dah. err.. bermula dengan makan-makan + baca yasin di rumah saudara Khairi sekeluarga, esok nya pula pagi ada buat
barbeque bersempena pelajar Tahun 4 tamat sekolah, petang tu pula pergi bawa adik-adik Zhafri berjalan-jalan, pergi kolam air panas untuk kaki sahaja, (nota: abang mereka kurang mempercayai Amir yang jadi driver hari tu untuk beri kebenaran pergi onsen biasa. haha..), malam tu, sebenarnya kami nak pergi berjalan-jalan lagi, tapi memandangkan kereta besar digunakan oleh budak-budak lelaki untuk bermain bola, maka kami (geng rumah nad) duduk aje lah di rumah.

seterusnya, hari ni kira hari kemuncak la. pagi-pagi lagi kami dah bangun, dan bergerak ke tempat konvo. masa ni la nak tengok seniors yang selama ni pakai
t-shirt dan jeans je, hari ni mereka kena pakai blazer. HAHA. balik dari konvo, K. Ismi datang rumah Nad, merangkap sate kajang pun ada la masa tu. borak-borak sikit, petang tu hantar adik-adik Zhafri pulang.

sedih juga la bila semua tetamu dah tak ada, sebab dah beberapa hari asyik berpoya-poya je kerjanya, nanti lebih kurang lagi seminggu, sekolah dah mula balik. haish...

p/s: owh, nanti sate kajang
uploadkan gambar, ye.



sekian, berkhidmat untuk Haji Samuri,
-sate kajang-

No comments: